Prolog:
Flight details:-
Air Asia Flight D7552
Departure: 0025 hours
Date: 09 March 2020
Seat No: 10J
Arrival: 0700 hours Japan local time (awal sejam daripada waktu Malaysia)
Flight duration : 7 jam setengah.
Pada 08 Mac 2020, lebih kurang jam 04 petang, kami bergerak ke lapangan terbang KLIA 2. Saya mempunyai dua bagasi, satu hand carry, dan satu lagi akan dimasukkan ke dalam kargo.
Flight ticket: RM 500 - return flight including meal and seat (Quiet zone)
Hotel: RM1200 (Shared by two, so RM600 per person) at APA Shinjuku-ku Tokyo Japan – 5D4N
Sim card: RM85 data only for 6 days, unlimited data.
Tokyo train by Keisei-Line Narita Sky Access Line Skyliner (lebih kurang macam KLIA express train) – RM 80 (ada promosi, sepatutnya dalam RM100) – dari Narita International Airport ke bandar Tokyo. Mengambil masa lebih kurang 41 minit. Original fare ticket is ¥2,470
This line is the fastest route.
Pilihan Transport dari Narita Airpirt to Tokyo: this list is for “FROM” and “TO” / “TO” and “FROM”
- Limousine bus 60 minutes- ¥1900 (for visitors or foreigners only - compulsory to show your passport) - to Tokyo City Air Terminal
- Limousine bus 60-125 minutes - ¥2800-¥3100 - to Major Tokyo hotels
- The Access Narita / Tokyo Shuttle (bus) - 60 mins - ¥1000 - to Tokyo station
- JR Sobu line (rapid) 90 minutes - ¥1320 - to Tokyo station
- JR Narita express - 60 minutes - ¥3020 - to Tokyo station
- JR Narita express- 80 minutes- ¥3190 - to Shinjuku Station
- Keisei-Line Narita Sky ACCESS Line Skyliner - 41 minutes - ¥2470 - to Ueno station
Beli transportation card for 4 days. Beli yang Tokyo Subway Ticket. So this pass is applicable for 9 Tokyo Metro Lines and 4 Toei Subway Lines. Dia ada 24-hour ticket, 48-hour ticket and 72-hour ticket.
- 24-hour ticket - JPY800 – RM 24 masa beli online. Ada promosi by klook.
- 48-hour ticket - JPY1,200
- 72-hour ticket - JPY1,500 - RM 60 masa beli online
Kalau beli di sana, beberapa station sahaja yang jual.
- Narita airport dekat Keisei Bus ticket counter
- Haneda airport dekat Tokyo tourist information center
- Tokyo metro information desks at Ueno, Ginza, Shinjuku, Omote-sando and Tokyo stations
- Toei Subway tourist information center at Ueno-okachimachi station
Kad Subway ni boleh pakai dekat
- Tokyo metro lines: Ginza, Marunouchi, Hibiya, Tozai, Chiyoda, Yurakucho, Hanzomon, Namboku, Fukutoshin.
- Toei subwai lines: Toei Asakusa, Toei Mita, Toei Shinjuku, Toei Oedo.
Sebenarnya ada 11 jenis ticket/pass disediakan. So, anda harus bijak memilih mana satu yang akan kerap dipakai mengikut perjalanan anda.
8 jenis boleh digunakan untuk keretapi dan 3 jenis lagi untuk bus. Namun kebanyakan perjalanan atau destinasi kami boleh diakses melalui LRT. Satu lagi adalah seperti kad Touch n Go kita dan boleh digunakan untuk shopping. It’s called PASMO card and another one is Suica card. Mahal sikitlah.
Satu lagi adalah Fuji-Q Highland. RM350 per pax. Disneyland tak book sebab closed due to Coronavirus case.
Okay, dah RM1,699 semua ni dan semua ni dah purchased online via Klook.
Wang belanja tukaran RM1940 = JPY50,000 masa ni. RM1 kita dalam 25.6410 Japanese Yen.
Jumlah wang terpakai setakat ini: RM 1699 + RM 1940 = RM 3,639
DAY 1 (Monday, 09 March 2020)
Since hotel check in will be at 3pm, we decided to hang around and touring around Tokyo. It was good that they have baggage courier service from airport to the hotel where you stay.
Tiba di Narita International Airport Tokyo Japan pada pukul 7 pagi (Japan local time). Disebabkan hotel terletak di bandar Tokyo, maka kami memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan pengiriman bagasi ke hotel. Setelah melepasi immigration tu semua, dan Pick up checked in luggage, kami pergi ke kaunter untuk mengirim bag. Kalau ada barang penting dibawa semasa jalan-jalan tu, keluarkanlah dulu. Simpan dalam hand carry bag.
Luggage service JPY6000
Mengikut saiz ya. Namun ada discount masa ni, so JPY5790 untuk dua bag 35cm x 15 cm dan satu bag besar (checked in). Hantar pada pukul 9 am dan katanya delivery akan dilakukan sekitar 3pm – 8pm.
Setelah itu, kami redeem train ticket dan juga sim card. Activate sim card and start roaming. Laju guys π
Ambil train dari Narita ke Bandar Tokyo. Best juga train dia. Ada cafΓ©, ada toilet tapi di gerabak tertentu sahaja. Kami turun di UENO station. Ueno tu lebih kurang macam KL Sentral kat Malaysia ni. Interchange station. Keretapi dekat Jepun ni terlalu banyak LINE. Di Malaysia kita boleh tengok:
1. Sentul Timur - Sri Petaling Line / Putra Heights
2. Sentul Timur - Ampang Line
3. Gombak - Kelana Jaya Line,
4. KLIA Express Line (Airport - KL Sentral)
5. KLIA Transit Line (Train berhenti-henti)
6. KL Monorail line (KL Sentral – Titiwangsa) – Private line
7. MRT Line (Kajang – Sungai Buloh)
8. Seremban Line (Sungai Gadut – Tanjung Malim)
9. Port Klang line (Batu Caves – Pelabuhan Klang)
Di Tokyo Jepun ini, terdapat 3 utama LINE keretapi.
1. SUBWAY
2. JR LINE
3. PRIVATE LINE inclusive monorail dan train selaju bullet tu π
Subway ni sahaja mempunyai 14 line.
JR Line mempunyai 15 line
Private Line mempunyai 29 line.
Lunch at Naritaya. Halal restaurant dekat Asakusa Tokyo. Manager dia Malaysian juga tapi dah permanent residence kat Jepun. Sembang punya sembang, rupa-rupanya pekerja dia seorang dari Malaysia (Chinese), seorang dari Indonesia Makasar berbangsa Bugis, seorang lagi dari Thailand. Yang hebatnya, semua mereka berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Haa! Kalau nak cari halal restaurant kat Japan ni banyak je. Tak perlu risaupun tapi kena jalan sikitlah. π boleh waze. Japan ni lebih modern dan canggih daripada negara kita Malaysia. Keep updated.
Kebanyakan restaurant kat sini ada menyediakan air percuma. Sama ada air kosong atau green tea. Makan kat sini, saya belanja JPY 1,200. Kira cincai macam RM12 la haha. Lepas tu sambung lagi jalan2 di bahagian Ueno ni. Banyak jalan dan ambil gambar je. Suhu tak sejuk sangat sebab dah penghujung Winter. Paling sejuk 8 darjah celcius dan paling panas 16 darjah celcius. Tapi 16 tu pun kira sejuk sebab Cameron Highlands Malaysiapun selalu 24 darjah celcius tapi dah kesejukan. Haha. Semua orang masih pakai winter coat.
So hari ni, jalan-jalan kat Ueno Park je. Tapi tak semua kawasan diterokai. Lol. Luas. Kemudian Asakusa. Dan beberapa tempat lain lagi. Check list di bawah: Tempat ni mudah diakses melalui Subway. Kitapun dah ada subway card, so it is unlimited access. Berapa kali keluar masukpun ok je. Yang penting kena faham route train anda. Kena kenal train anda. Saya galakkan anda untuk memahami aliran train mereka kalau anda menggunakan train sebagai pengangkutan utama anda.
Antara tempat yang sempat dikunjungi:
1. Five Story Pagoda, Asakusa
2. Senso-Ji Temple, Kaminari-mon - nak masuk dalam temple, ada entrance fee. Saya tak masuk. Sekadar jalan-jalan kat luarpun dah ok. Crowded.
3. Kaminarimon area- relax, cuci mata, cari makan.
4. Ueno Onshi park. Best untuk bersiar-siar
5. Shinjuku - jalan-jalan cuci mata best π
Sepatutnya hari esok pegi Fuji-Q Highland. Kat sini ada theme park. Boleh main salji sekali dan ada roller coaster yang boleh dikatakan antara yang superb di dunia. Namun pada petang ini juga, 09 March 2020, Fujikyu (Fuji-Q) mengeluarkan notis penutupan kerana kes COVID-19 ini. Maka kami uruskan hal pembatalan dan memohon untuk refund. Proses dia agak rumit. Sebelum dapat notis, kami telahpun redeem ticket kat tourism centre di InBound League. Ticket ini harus dibawa ke stesen bus untuk redeem ke bus ticket pulak. Bus station dia besar jugak terletak di Shinjuku. LRT station yang terdekat ialah Shinjuku. Manakala InBound League tu station terdekat ialah Shinjuku Nishiguchi. Tapi sebenarnya boleh je jalan kaki tapi jauh sikit dan letih la nanti. Haha. mula2 kita orang jalan kaki je ikut map yang diberikan oleh tourist information centre yang berada di bus station tu.
Sampai di bus station, baru dapat tahu yang Fuji Qu ditutup. Staff kaunter tu yang bagitahu. Lepas tu kita orang Tanyalah refund. Lalu katanya, kena refer balik tourism center yang bagi ticket tadi. So kenalah patah balik kat Inbound League tu. dah sampai kat sini staff dia pulak kata kena refer dekat agent mana awak beli ticket tu.. member dah bengang dah kena buang sini buang sana ni haha. Kamipun minta dia call agent tu dan Tanya untuk refund. Nasib baiklah dia boleh cakap English dengan baik. Yang seorang lagi memang tak boleh cakap English. Dah settle, kamipun terus gerak balik menuju ke hotel pula.
Ikutkan, hotel check-in kat sini adalah pada pukul 3pm, check-out adalah pada jam 11 pagi. Kat sini dah jam 8pm setelah settle hal tadi dan baru cari hotel.
Ikut alamat, dekat Shinjuku, so turunlah dekat LRT Station Shunjuku, walhal yang lagi dekat Shinjuku Nishigushi. Dekat area Shinjuku ni memang banyak pula APA hotels and resorts. Memang berlambak hotel dia dan tak jauhpun satu dengan yang lain. So masa check in dekat kaunter, terus Tanya juga luggage yang dikirim dari Narita airport tadi. Memang dah sampai.
Receptionist, keluarkan bag kami dan bagi kami satu card access ke dorm. Namun pada masa ini, belum tahu lagi bilik nombor berapa. Dia suruh ke satu machine untuk dapatklan nombor bilik. Rupa-rupanya, mesin ini adalah untuk kita pilih kemudahan yang kita nak.
Masukkan kad -> pilih kemudahan seperti perlukan breakfast pada setiap pagi? Dan pilih untuk movie (Video on Demand,VOD) yang kita nak tonton di dalam bilik. Semua itu ada harga, breakfast sehari dalam JPY3,000 dan VOD sebanyak JPY1,000 – sekali on. Maksudnya bila dah off, kena beli baru lagi VOD card tu. LOL. What a business!
Setelah confirm, baru kita akan dapat nombor bilik dan kad akses boleh diambil dan dipakai untuk masuk ke bilik. Takde access card ni memang tak boleh guna lift dia jugak. Full security service juga.
Musim winter ni, aircond kat bilik tu akan jadi air warmer dah. Bukan lagi air conditioner ya. Haha.
Dah berkemas, bersihkan diri, kami keluar balik untuk jalan-jalan cuci mata dan cari makan (JJCM).
Kami mengambil makan malam di satu restoran halal berdekatan hotel iaitu di Curry House Coco Ichibanya. Food handler orang muslim. Ketika masuk tempat masih penuh namun ada kerusi disediakan untuk yang nak tunggu turn. So kamipun duduk sementara yang lain siap. Terdapat beberapa Malaysian juga tapi tak bertegur sapa. Kurang pasti pada mulanya. Nak masuk keluar sini kena ikut lift. Kita org tak jumpa tangga. Lol. So keluar dari lift tu, satu-satunya restoran tersebut (B1). Affordable price. Standard JPY1,000. Ni lebih kurang RM10 ya. JPY100 durang lebih kurang RM1 kitalah. Jangan bandingkan dulu currency rate tu. hahaha. Seperti biasa air percuma. Plain water or green tea. You may select hot or cold. Boleh waze!
DAY 2 (Tuesday, 10 March 2020)
Disebabkan activity nak ke Fuji Q itu tak jadi, so plan lainlah. JJCM kat bandar2 Tokyo menggunakan LRT. Mula-mula, pening juga dengan sistem LRT kat sini ni. Banyak lokasi yang ditutup disebabkan kes COVID-19. Antara lokasi yang sempat dilawati:
- LOVE statue Shinjuku
- Kyoto
- Shibuya area
- Kabukicho
Lunch kat Tempura Tendon Tenya Shibuya
Masa ni hujan turun so terpaksa beli payung kat kedai. LOL. 2 pieces. Satu beli kat Family Mart ¥950. Satu kagi dekat Kedai lain ¥1000. Quality siki and absolutely nice. I never see it in Malaysia. Hujannya yang gerimis2 tapi kasar. Basah jugak kasut. So, lepas lunch sekitar jam 1 pm, kami terus balik ke hotel. Keringkan kasut terus. π€£
Dinner dekat No pork Ramen dekat Shinjuku – Nishiguchi – dekat sini, tak ada door person tapi masuk sini, kalau nak order, terus pegi dekat vending machine dia. Restaurant ni, awak akan duduk di personal coach anda. Means, ada portion untuk setiap customer. Kiri kanan meja anda adalah dinding.lol. dan depan anda adalah ruang di mana pelayan akan serve anda. Tetapi akan ditutup ketika anda menjamu makanan. So masuk tu setiap meja akan ada satu form untuk anda isi bagi melengkapkan menu yang anda order di vending machine.
Masukkan duit, pilih menu pilihan anda. Dah confirm, boleh press done dan sekiranya ada baki maka ambillah baki anda π
Kemudian, masuk ke dalam dan lengkapkan form tu, itu sebenarnya pilihan anda akan menu yang akan dimasukkan dalam makanan anda.
Cili berapa banyak, tekstur ramen yang macam mana, onion yang macam mana. So bulatkan je dan bila dah siap ada button call kat meja anda. Press je untuk pass order anda.
Setelah makanan anda dihidang maka tabir tadi akan ditutup dan anda bebas makan! Hargapun standard je guys. Kurang daripada JPY3000. Ada yang JPY 150 je pun. Contoh telur rebus JPY250, Rice, JPY150 macam tu la lebih kurang harga dia.
Balik dari makan tu saja jalan-jalan kat kedai-kedai terdekat termasuk kedai krene tu. Sana ada banyak games jugak. Pernah juga main dua ke tiga kali dapatlah satu key-holder MARVEL tu π
π
π
So on this second day, we just JJCM and enjoyed ourselves with the nature.
Day 3 (Wednesday, 11 March 2020)
- Tokyo skytree
- Tokyo Solamachi
- Sumida aquarium
- Sumida Park
- Kaminarimon area
Keluar dari hotel agak lewat, lebih kurang jam 10am, kami terus ke Tokyo Skytree.
There’s station called skytree or exactly is Oshiage station by Asakusa line.
Asakusa <-> Oshiage. Line dia macam ini. Lebih kurang macam Gombak <-> Kelana Jaya.
Disebabkan ada kes COVID-19, skytree ini ditutup namun sekitarnya masih dibuka. JJCM di sekitarnya sampai pukul 1. Lunch kat Tempura Tenya Tendon. Price is a little bit high than Shibuya, tempat lunch kemarin tu. I guess it’s because of the location. Maybe like KLCC place and outside of KLCC, you may compare the price.
Tokyo Solamachi building is a nice place to visit for cuci-cuci mata ya. Segarkan mata. Naiklah kat tingkat atas and have a nice view of Oshiage. This building is just in front of Tokyo sky-tree building.
Lepas JJCM kat Tokyo Skytree, terus ke Sumida River, Asakusa. Kat sinipun tumpuan pelancong juga untuk JJCM je. Kat sini ada sumida aquarium tapi tutup sebab COVID19 ni lah! π
Terus merentas ke Kaminarimon lagi. Iaitu dekat Taito. You will be having a nice view cause you can see the sky-tree view and I don’t know what the name but it’s like big tadpole had been put on top of the building. Lol.
Banyak masa terbuang kat sini sebab buat video. Lol. There should be some activities held there like cruising. But it was closed because of the damn COVID19! Yuran tak banyak mana. Lebih kurang ¥1000 per person (adult).
Petang itu saya ambil dinner dekat Pepper Lunch – Beef humberger steak with fried egg and rice – JPY1,000. As usual there will be free green tea or plain water available on the table. I couldn’t find the halal logo here but “no-pork” sign is there. Portion dia besar jugak so kira berbaloilah. Setelah menjamu makanan, ambil masa untuk bagi perut tu selesa balik dengan berlegar-legar di sekeliling restaurant dan di sini banyak restaurant sebenarnya. Tapi bagi yang muslim atau pencari makanan halal tu susah sikit mencari logo halal tu. You have to be very careful and particular. π
Sempat masuk dan keluar kat kedai yang berdekatan hotel ni ada satu mall and the building called TOHO Cinemas. I certainly sure it has cinema. Disebabkan terletak di tengah-tengah bandar so kiri kanan kedai dan mall. Berdekatan hotel saya stay ni ada satu kedai yang meletakkan yang macam game tu. Ape ntah nama dia yang ada banyak doll kat dalam tu. Banyak jenis baranglah kat dalam tu... krene eh. Masa tu dapatlah juga ice cream π
π
π
Well, on this third day, we just had a JJCM and enjoyed ourselves.
DAY 4 (Thursday, 12 March 2020)
- Tokyo Tower
- Shibuya crossing road
- Shibuya Hatchiko statue
- Shinjuku Kabukicho
- Shinjuku Golden-gai
- Shibuya sky
- Godzilla road
Di hari ke empat ini, kami ke InBound League sebab nak pulangkan ticket untuk proses refund. Disebabkan lawatan ke Mt Fuji tu dibatalkan maka seharusnya ada refund.
Setelah balik dari sana, JJCM diteruskan ke Tokyo tower.
Based on the map, kami cari station terdekat dan use the Tokyo Subway apps. Atau, google sahaja direction ada π€£
Lepas JJCM di sana, terus ke Shibuya. So masa ni melalui Shibuya crossing road. Kalau melancong ke Jepun, try lalu kat crossing road ni. Tak tahu dari mana dan ke mana semua orang yang melalui atau melintasi laluan ini memang ramai giler. Giler-giler ramai. Hahaha. Mengagumkan. Seriously. Lol.
Dan dekat Shibuya crossing ni terdapat Hatchiko Shibuya statue. Memang dekat dengan Shibuya train station. So kalau nak datang sini, by LRT should drop off at Shibuya station.
HachikΕ (the statue) is a most loyal dog to the owner, Ueno. HachikΕ waited for Ueno for 9 years without knowing Ueno has passed away due to cerebral hemorrhage. His fidelity in waiting Professor Ueno (a lecturer in Tokyo Imperial University) cause him died at this station. Shibuya Tokyo station.
Sad but impressive.
Just had a quick sight seeing, so kitapun cari lunch. I had a Lunch set Ayam madu with rice dekat Malay Asian Cuisne, Shibuya. Staff dia ada yang Malaysian Malay. Masih boleh bercakap Melayu. π
Masa pegi tu ada promotions. Free selected drinks, salad bar and bon appetizers including desserts. Refillable guys! So generous! Kenyang jugalah walaupun belanja ¥1000 kat sini. Full betul perut sebab ada amik salad and desserts. Lol.
Lepas makan dekat sini, terus JJCM di area Shinjuku Kabukicho. Ok. Dekat sini, you will find out that ada bar-bar untuk perempuan sahaja dan juga untuk lelaki sahaja. Maybe lesbian atau gay. Sebab dekat pintu luar je ada sign board “girls’ bar” and men’s bar”. Begitu juga kelab-kelab malam. Ada beberapalah saya nampak. So cuma lalu je. Seumur hidup saya, saya belum pernah masuk kelab malam ni. Ini semua dekat bandar. Dan semua bar atau pub ni berada di situ dengan terbuka. Mungkin mereka juga ada keterbukaan dalam hal ini dan mungkin sedikit diberi kelonggaran oleh kerajaannya. Hal ini disebabkan saya melihat sign board seperti itu visible pada umum. So semua ni berdekatan dengan Godzilla road, Shinjuku Toho building. Lepas bersiar-siar di Kota Shinjuku ini, sebelum kembali ke hotel, kami cari dinner. So pegi di tempat yang eksekutif ni. Haha. Ramen no pork restaurant.
Have a look on the never-sleep-town ya!
Shibuya sky is located 230 meters from Shibuya station. Nice view of the famous scramble crossing and mount Fuji. Best. Ambil gambar cantik-cantik!
Sama macam tempat makan dekat Shinjuku nishiguci. Saya belanja lebih kurang ¥750 sahaja drink is free and refillable because the water dispenser is provided in front of you. Macam kepala paip tu ek. Haha. Lepas makan baru kembali ke hotel.
DAY 5 (Friday, 13 March 2020)
- Ueno park, Tokyo
- Ueno lake (Shinobazu pond)
- Ueno Park Boat Dock - ¥600 per entry for 30 minutes
- Shinobazunoike Bentedo Temple
Seperti yang saya dah sebutkan di atas, Ueno adal hub transport seperti Tokyo station juga. Dan Ueno ini sebenarnya luas. Since this is just a free and easy trip, for sightseeing only, kami teruskan JJCM.
So kami check out dari hotel jam 11 pagi. Namun sebelum itu, kami buat luggage service lagi. Jam 9 am dah hantar dekat receptionists counter. Kalau nak buat luggage service to airport kena book sehari sebelum tarikh penghantaran atau sekiranya nak hantar esok, paling lewat untuk book dan bayar adalah jam 11 pm hari ini. Dekat kaunter hotel ada pakej dia. Penghantaran ke airport. So Tokyo ni ada dua international airport, Narita dan Haneda.
Bagasi hantar dekat Haneda. So tambang ¥5000. Ada promosi lagi. Ada discount ¥1000. So kena bayar ¥4000. Lebih kurang RM160.
Ueno park tempat yang menarik. Di sepanjang jalan dipenuhi pokok sakura.
We had lunch at Chicken-man. Dia memang berdekatan Taito-Ueno. Dekat sini ada macam pasar malam. Setiap lorong dipenuhi kedai. Kiri dan kanan. Tak tahulah apa best sangat dekat Chicken man. Mungkin sebab halal je la kot. It’s just a small portion. Sebab tepi jalan je kan. Sepanjang jalan tu ada banyak pilihan tempat makan. So sendiri je la pilih ikut suka. Bagi saya, masa tu order chicken rice. Tak berapa suka tapi lapar dah so makan je ahaha. Belanja makan lebih kurang ¥1000 (Food ¥750 and drink ¥250). Surprisingly, pekerja chicken-man boleh cakap pelbagai bahasa tapi saya agak yang mudah-mudah sahaja seperti selamat datang, terima kasih, jumpa lagi. Bahasa Jepun pun dia boleh guna. He is actually a Nepalese.
Dan beberapa selebriti Malaysia juga pernah makan kat situ. Zizan Razak, Fizo Omar dan isteri, wartawan Tv3 tu. Lupa pulak nama π
Pekerja dia bagus juga. Dia bagi satu travel guide pamphlets tu and specifically mention halal restaurant in Japan. It is actually “Map for muslims” - Tokyo : Asakusa, Ueno, Yanaka.
Lah, dah nak balik baru dapat benda ni. Lol.
Dekat tourist information ada yang ada benda tu dan ada yang dah kehabisan. They will suggest you to google as it has been updated. That’s what they said. Dan memang adapun. They are so just updated from time to time.
Taman Ueno luas. Memang tak dapat jelajah dalam masa singkat tu. Tambah pula musim winter, sekeliling atau sekitar taman memang menarik dan menjadi tarikan pelancong. Walaupun seluruh dunia dilanda wabak novel coronavirus pada saat-saat ini namun masih ada pelancong yang mengunjungi tempat-tempat ini.
Terdapat satu tasik di sana. Ueno Park Boat Dock. So ada swan boat. Lebih kurang macam tasik Titiwangsa. Nak naik sampan tu ada fee. Ada beberapa jenis.
Kalau yang boat berdayung tu ¥600 for 30 minutes (2 persons).
Kalau yang macam itik tu ¥600 for 30 minutes (2 persons) - kayuh.
Kalau yang satu lagi untuk seorang ¥700. Cantik sikitlah untuk yang ni.
Boleh main / naik kalau suka / nak.
Sempat kunjungi temple yang berdekatan. Dekat temple ni ada buat tilik nasib. Haa kalau nak try, bolehlah cuba. Ada fee. Tak silap ¥500.
Kalau dapat nasib buruk, ikat di satu tempat yang dia dah sediakan agar nasib buruk tu tak mengejar kamu bila dah tinggalkan tempat ini. So bawa pulang nasib yang baik sahaja. π
π
π
Banyak masa digunakan di taman Ueno dan sekitarnya termasuk kedai-kedai di sana. Kedai souvenirs pun ada. But a bit expensive compare to Asakusa.
Well, our flight details:-
Carrier flight: D7523
Departure time: 2345
Date: 13 March 2020
From: Tokyo Haneda
To: Kuala Lumpur KLIA 2
Seat No: 11B
Since our departure is on 2345 hours, D7523, we took off from Ueno at 1900 hours by train, JR Yamanote line, amik ticket dekat machine ke Haneda International Airport. Ada 3 terminal kat Haneda. So ours will be at International. Ambil train dari Ueno (H17) turun dekat Hamamatsucho (interchange) dan amik monorail kat sini menghala ke Haneda international airport. Line LRT dia memang confusing bagi kita yang sebagai foreigners kat sana. Kebanyakan LRT kat sini semua underground! Sama macam Korea.semasa kat sini saya install apps TokyoSubway. Mungkin ada apps yang lebih bagus tapi saya tak jumpa. Dekat Korea hari tu, sangat canggih sebab apps dia live! Ada timing sekali. Tips tak sesat, ikut je colour dia. Haha.
Actually main transport dari pusat bandar ke Haneda ada 7:
- Limousine bus - 20 minutes - ¥820 - Tokyo City Air Terminal (T-CAT)
- Limousine bus - 30 minutes - ¥930 - Tokyo station
- Limousine bus - 35 minutes- ¥1230 - Shinjuku station
- Limousine bus - 45 minutes - ¥1230 - Kichijoji station
- Limousine bus - 15-85 minutes - ¥520-¥1230 - Major Tokyo Hotels
- Keikyu Line - 11 minutes - ¥410 - Shinagawa station (interchange) -JR line - 8 minutes - Tokyo station
- Tokyo monorail - 13 minutes - ¥490 - Hamamatsucho station (interchange) - JR line - 6 minutes - Tokyo station
Harga tambang yang saya nyatakan di sini adalah harga tambang bagi seorang dewasa. Biasanya kalau budak bawah 12 tahun, separuh daripada harga dewasa.
Flight will roughly takes 7.5 hours to reach Malaysia from Haneda International airport. Sampai di Malaysia dalam jam 6 pagi. Sebelum melalui immigration, dah lalu dekat thermal detector bagi passenger untuk monitor pesakit Corona Virus 2019 (COVID-19) atau Novel Coronavirus.
Selamat sampai ke tanah air maka bermulalah self-quarantine kami selama 14 hari guys!
π
π
π
Epilog:
Sungguhpun begitu, bermula dari 18 Mac sampai 31 Mac 2020, dan kini dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020, kerajaan Malaysia juga turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengelakkan penularan wabak atau virus corona yang kini melanda dunia dimana Italy mencatat rekod kematian yang tinggi. Italy mencatat 9000 lebih kes kematian. China yang pada mulanya permulaan wabak ini mencatat rekod kematian 3000 lebih kes kematian setakat ni. USA, Iran dan diikuti Spain pada masa ini terus mencatat rekod meningkat setakat hari ini (30 March 2020). Malaysia mencatat 37 kes kematian saat ini dan total kes positif lebih kurang 2,626 kes. Peningkatan yang sangat mendadak jugak. Saya yang sepatutnya kembali bekerja pada 18 Mac kini dipanjangkan cuti lagi. Selamat bercuti dan selamat berkurung bagi kesejahteraan kita semua di seluruh dunia. Sama-samalah kita berdoa agar penularan atau penyebaran wabak coronavirus ini dihentikan secepatnya dan semoga dunia kembali pulih. Amin.
Stay at home. Duduk di rumah.
Stay healthy. Kekal sihat.
Stay safe.
Kita jaga kita.
Hentikan rantaian penularan wabak COVID19 serta-merta.
Sampai di Malaysia saya masih ada ¥32,760
Bermakna saya belanja ¥17,240 untuk makan dan sedikit barang keinginan dan souvenir. Belanja makan saya setiap hari lebih kurang ¥1000-¥2000 sehari. Sebab di sana cuma JJCM πΆπ»πΆπ»π¦ππ€£π€£π€£
Tukar balik dapat MYR1267
¥760 tu tak boleh tukar sebab coins.
Maka,
RM1940 - RM1267 = RM 673 sahaja yang saya belanja π
RM673 + RM1699 = RM2,373+RM160 (¥4000-luggage service to Haneda airport and paid by 2=RM80 each)
Total expenditure : RM 2,532 - RM 350 (Mt Fuji Qu Highland refund)
Hence, Grand total expenditure: RM2,182
Inilah jumlah yang saya belanja di Jepun π
Sepanjang trip saya di Tokyo dengan gangguan COVID19 ni, di mana saya pergi, selalu pakai face mask, bawa antibacterial wet tissue, dan hand sanitizer walaupun kebanyakan tempat di bandar Tokyo ada hand sanitizers serta amalkan pengambilan supplement seperti vitamin C untuk kekalkan body immune system anda agar tidak mudah dijangkiti atau mendapat sakit-sakit lain seperti flu dsb.
Kenapa saya pilih untuk tiba di Narita International airport dan bertolak pulang ke Malaysia dari Haneda international airport?
Sebabnya ialah masa. Sebab international flight ke luar negara ni limited. Anda boleh semak available flight dekat airlines. Well I guess this is another tips untuk atur timing anda π
Narita - Tokyo city dalam sejam by express train.
Haneda - Tokyo city dalam setengah jam by LRT and monorail.
Pilih lokasi yang nak dituju dan pilih EXIT yang betul. Setiap exit daripada platform station ada nombor dan tempat. Sebab exit dia mempunyai jarak yang jauh. Kebanyakan train station adalah di bawah atau di dalam tanah. So bila anda keluar di atas tanah tu agak berjauhan daripada exit lain. Kadangkala seberang jalan dan adakalanya di sebelah atau selang 3 ke 4 bangunan.
Selama saya di Tokyo ini, rakyatnya berdisiplin guys. Takde kereta lalupun pedestrian tetap kena tunggu lampu pejalan kaki tu hijau. Semua rakyat penyabar. Dan saya tidak pernah terlihat seorangpun yang memakai sandals atau selipar. Saya je. Haha.
Tandas awam di mana-mana bersih dan percuma.
Kebanyakan tempat ada kemudahan WiFi percuma.
Sepanjang saya berada di Tokyo, ramai orang yang menggunakan basikal dan di semestinya ada parkir lot untuk basikal mereka.
Tips lain nak jimat wang belanja, tenaga dan masa semasa melancong ke luar negara:
- Research awal tentang perjalanan anda.
- Atur perjalanan anda.
- Book flight ticket awal (sebab biasanya lebih murah).
- Book hotel awal sebaik flight ticket booked (biasanya murah juga bergantung pada promosi).
- Simpan2 duit tukaran wang asing kerana exchange rate berubah-rubah setiap hari. Walaupun sikit je perubahan. Mungkin hari ini tukar 500 dulu. Kemudian di lain hari bila rate cantik, tukarlah duit.
- Tengok apa apps yang boleh digunakan semasa melancong. - semasa saya di Japan ini, saya install Japan Official Travel App. Bolehlah membantu sikit. Tapi tak pakai sangat suggestion apps ni sebab JJCM memang target area Tokyo Shinjuku sahaja pada masa ni. Dan banyak tempat ditutup disebabkan kes kematian COVID19. Atau apps “Go Tokyo”
- Bawa ubat-ubatan sendiri yang beli di tempat sendiri.
- Bawa makanan ringan sikit untuk alas perut. Sekiranya diperlukan atau kes kecemasan.
- Jika perlu, bawalah perencah minuman sendiri seperti milo, coffee or NescafΓ© ikut suka anda.
- Souvenir boleh beli jika diperlukan sahaja. Lagi-lagi di negara yang nilai mata wang lebih tinggi daripada kita. Anda baik tapi bila ada rakan yang pesan untuk souvenir maka bawalah untuk mereka. Duit yang anda simpan dari titik peluh anda sendiri untuk travel sememangnya untuk anda travel. Saya punya jenis ni akan selalu bawa untuk family, officemate dan rakan karib. Setakat kawan kat socmed tapi tak pernah jumpa tu memang diketepikan dahulu. My bad. Lol.
Semoga sharing ini bermanfaat. Jumpa lagi!